Breaking News
Loading...
  • JENAYAH
  • INFO BERGAMBAR
  • VIDEO

Jenayah

Info Bergambar

Video

Recent Post

Monday 3 March 2014
Jenayah : Cubaan Bunuh Gagal

Jenayah : Cubaan Bunuh Gagal

Kuala Lumpur: Seorang mekanik di sebuah kedai basikal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bache. 


Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saliza Saidin, 29, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril, 2, dan Nur Fazana, dua bulan, di sebuah rumah di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya dekat sini, pada jam 1.30 pagi pada 21 Januari 2014.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.


Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi kes lain berkaitan dadah. 

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula bagi melantik peguam. 

Sumber: Hmetro
Info Bergambar : Kemalangan Ngeri, Badan Berterabur

Info Bergambar : Kemalangan Ngeri, Badan Berterabur

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.




Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.
Serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan.

Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.

Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.



Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu.

Sumber : Hmetro
Jenayah : Lelaki Rogol Kambing

Jenayah : Lelaki Rogol Kambing



Abuja : Seorang lelaki ditahan kerana telah merogol seekor kambing, malah lelaki itu turut menyatakan dia telah mendapat kebenaran dari kambing tersebut. Menurut lelaki itu dia berasa lebih ghairah kepada binatang itu daripada manusia

Lelaki tersebut dipercayai telah melakukan hubungan dengan kambing tersebut lebih daripada 10 kali. Menurut pihak berkuasa lelaki tersebut mengheret binatang itu kedalam semak sebelum merogol kambing itu.

Lelaki itu menyatakan dia tidak tahu melakukan hubungan dengan kambing dianggap kesalahan jenayah.
Video : Peragut Dibelasah

Video : Peragut Dibelasah

[Thief Disyaki Terperangkap] di Aeon Jusco di Bukit Tinggi, Klang

4 Februari 2014, Masa: Tidak Disebut

Lokasi: Aeon Jusco, Bukit Tinggi, Klang

Dikongsi oleh Basri Abbas

Seorang suspek yang cuba untuk memecahkan ke dalam kereta yang diletakkan di Aeon Jusco, Bukit Tinggi, Klang telah ditangkap merah diserahkan oleh orang ramai. Beliau kemudiannya dipukul dan diikat.

Adakah ia bernilai semua masalah untuk melakukan jenayah seperti itu hanya ditangkap dan dihina di khalayak ramai?

- Di Bandar Bukit Tinggi, Klang.



Jenayah : Gambar Polis Mabuk

Jenayah : Gambar Polis Mabuk


Gambar anggota polis mabuk kini tersebar di internet - Gambar dua anggota polis dalam keadaan mabuk dari unit MPV kereta bernombor pendaftaran WLQ 4697 telah tersebar secara meluas di internet. Lima keping gambar di bawah ini diperolehi dari laman sosial WhatsApp dan semakin tersebar luas di laman Facebook.

Memang cukup mengejutkan, malah memalukan institusi PDRM. Jelas dalam gambar-gambar itu, kedua-dua anggota polis berkenaan sedang nyenyak tertidur dengan masing-masing sedang memegang setin bir jenama Heineken.









Info Bergambar : Awek Cantik Dengan Body Superb

Info Bergambar : Awek Cantik Dengan Body Superb


Beliau baru-baru ini menjadi sangat popular di dunia maya kerana beberapa gambar yang menunjukkan wajah cantiknya yang mirip boneka Barbie namun tubuh berotot besar bak Hercules.

Yulia Viktorovna Vins berwajah boneka, tetapi lengan besar dan otot-otot kaki yang cukup untuk membuat kebanyakan lelaki malu. Dalam temu bual, beliau mengatakan pada awalnya dia mula berlatih untuk menjadi lebih kuat dan membina rasa percaya diri, tapi tidak berniat menjadi powerlifter profesional.

pilihannya. Menurut mereka, pilihan gadis cantik ini untuk menjadi seorang powerlifter hanya akan merosakkan tubuhnya. Tapi Yulia berusaha untuk mengabaikan komen seperti itu. Dia merasa ini adalah hidupnya, tubuhnya dan dia kesal jika orang lain cuba untuk memaksakan pendapat mereka pada dirinya.
Akan selalu ada orang-orang yang menghormati pilihan saya, atau hanya cukup menjelaskan mengapa mereka tidak bersetuju dengan hal itu, tapi tidak ada yang boleh diperolehi dengan cuba untuk mencemarkan nama baik seseorang yang mengikuti impian mereka,” jelas Yulia.





P/S : Kau ADA??

Sunday 2 March 2014
Jenyah : Pengasuh Syaitan

Jenyah : Pengasuh Syaitan


Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.
Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.
“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.
Lapor Harian Metro
Copyright © 2012 Sindrom Otak All Right Reserved
Designed by CBTblogger